Assalamualaikum. Nama saya Yoda. Sayalah yang bertanggungjawab melatih Luke Skywalker untuk melawan kejahatan. (Garaukan suara untuk menambah effect keYODAan) Saya juga Grand Master of the Jedi council. Okaylah. Sudah sudahlah berangan jadi Yoda. Nampak macam nak lempang laju - laju aje. HAHA.
Setelah 3 hari berhempas pulas mendalami ilmu melipat kain satin menjadi bunga ros yang kembang mekar lagi ohsem, akhirnya usaha yang pada mulanya tak ubah seperti kerja yang maha sia - sia akhirnya telah membuahkan hasil. Walaupun tak seohsem orang lain buat, dan walaupun bentuk bunga tu tak berapa nak gebu tapi okaylah jugak. Bila pandang lama - lama datang jugaklah comelnya. HAHA.
Buat bunga ni tak susah. Okay aku tipu. Buat bunga ni sangat susah. Kain satin tu licin! Naik menyampah aku. Nasib baik aku tak bakar rumah. Stress! Kalau buat pakai kain cotton atau ribbon lagi senang nak bentukkan dia. Last - last aku iron dulu kain satin tu untuk bagi dia terbentuk dan duduk diam tak jalan - jalan sana sini. Alhamdulillah. Beliau mendengar kata.
Dan inilah hasilnya. 4 kuntum bunga ros yang boleh tahan ohsemnya. HEHE.
Abaikan tangan gebu tu.
Kepada yang merequest tutorial dekat FB sila bersabar ye sebab dua tiga hari ni hujan lebat aje. Internet pun dah macam hape dah. Aku nak upload gambar pun susah. Kalau nak tengok yang Mat Salleh punya ada berlambak dekat youtube. Tapi kalau nak tunggu tutorial yang khas aku buat, maka bersabarlah ye. Ada masa terluang nanti cepat - cepat aku buat. ^-^
Okay dah, Itu aje. Babai!
Ini Yoda. Comel kan?















